FATTAH, RAHMAN TERAJUI ANGKASA

Perwakilan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) mengekalkan Presidennya Datuk Abdul Fattah Abdullah dan menobatkan Prof.  Madya Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Razak Shaik sebagai Naib Presiden ANGKASA yang baru.

Abdul Fattah diumumkan kekal selaku penyandang kerusi Presiden ANGKASA bagi tempoh 2019-2022 selepas memperoleh 2,924 undi berbanding lawannya Dr Mustapa Kamal Maulut yang hanya mendapat 1,071 undi manakala 64 undi rosak.

Manakala perebutan jawatan Naib Presiden ANGKASA, pula Dr Abdul Rahman memperoleh 1,728 undi, sekali gus menewaskan lima pencabar lain termasuk penyandang sebelum ini Mohamad Azmi Omaruddin (1,145 undi), Dr Arriffin Mansor (417 undi), Datuk Azih Muda (404 undi), Datin Norsiah Mahadi (136 undi) dan Idrus Mat Tais (31 undi), manakala undi rosak 190 undi.

Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA ke-34 berlangsung di Kuala Lumpur petang Ahad.

Wartawan Watan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.