UMNO RAMPAS KEMBALI PEMERINTAHAN NEGARA PADA PRU15

Setelah menjelajah ke pelusok negara ‘Bossku’ tampil dengan ledakan paluan gendang perang yang menyimbah semangat juang ahli-ahli UMNO bagi menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang disifatkan sebagai ‘kerajaan gagal’ mentadbir negara.

Bersesuaian dengan tempatnya iaitu di Komplek Silat Lincah Gombak, ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penuh keyakinan bahawa UMNO mampu merampas kembali tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) nanti.

Seruan UMNO bangki semula daripada kekalahan sudah tentu bisa menggegar kedudukan kerajaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dikatakan sedang retak menunggu belah.

WATAN memerhatikan sebelum habis musim berhari raya Najib sudah mulai masuk gear dan terus tekan minyak dengan mengajak rakyat terutama ahli-ahli UMNO berjuang habis-habisan bersamanya untuk memastikan menimbang kerajaan PH tumbang.

Najib terus membakar semangat agar tidak takut dan tidak membiarkan dirinya keseorangan malah beliau tidak meminta rakyat berguling di jalan raya tetapi meminta menggunakan platform media sosial.

Dengan penuh bertenaga dan lantang Najib berkata, “kita mesti lawan kerana kita di pihak yang benar. Insya-ALLAH dengan kekuatan kita, bantuan rakan kita daripada PAS, dengan izin ALLAH PRU-15 milik kita.”

Menurut Najib lagi, PH telah menipu rakyat dalam PRU14 untuk menang.
“Sebab itu sekarang mereka tidak panggil PH Pakatan Harapan tetapi Pakatan Hancing. Isu tol, isu harga barang, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan banyak lagi isu yang mereka tipu.

“Segala janji yang dikatakan sebelum menang PRU tidak dikotakan malah keadaan ekonomi negara yang sedang meningkat naik semasa pemerintahan BN kini sudah semakin merudum.

“Sudah dapat mandat patut tunjuk lebih baik dari BN, tetapi hari ini lebih teruk dari BN. Sebab tu ramai orang cakap rindu zaman BN, zaman DSN (Datuk Seri Najib) sebab kita tadbir negara jauh lebih baik,” katanya.

APA KATA WATAN : Najib dianggap Panglima Perang yang terus tegak berdiri biarpun telah ada ramai pengikutnya telah belot sebelum ke medan perjuangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.