AHLI UMNO AKAR UMBI PEJUANG SEBENAR PARTI

Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata akar umbi di peringkat cawangan memainkan peranan yang sangat penting demi memperkasakan UMNO.

Beliau berkata, komitmen yang diberikan oleh ahli-ahli akar umbi UMNO cukup membanggakan dalam usaha menggerakkan parti dan memastikan kesinambungan perjuangan terus marak.

“Dengan suasana hari ini, ahli-ahli parti dilihat semakin bersemangat untuk mengembalikan UMNO lebih kukuh dan mantap. Kita juga nampak peningkatan dan sokongan semakin bertambah dari kalangan anak-anak muda.

“Kami komitmen ahli UMNO terhadap parti amat memberangsangkan apatah lagi dalam suasana menjelangnya mesyuarat perwakilan yang akan di adakan pada 13 Julai ini dan akan dirasmikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya kepada UMNO-Online.

Mohamad Ali menjelaskan sokongan yang diberikan oleh anak muda semakin bertambah disebabkan kegagalan Pakatan Harapan (PH) yang terlalu banyak berjanji namun semuanya palsu.

“Rakyat telah melihat bahawa hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang boleh mentadbir negara secara baik, apatah lagi kita telah mengadakan jalinan kerjasama dengan PAS.”

Jelasnya, kerjasama UMNO dan PAS memainkan peranan yang sangat positif terhadap bangsa Melayu dan agama Islam namun dalam masa yang sama tidak menolak bangsa lain.

Tambahnya lagi, yang penting adalah pemuafakatan di kalangan pemimpin dan seluruh ahli di peringkat akar umbi untuk membolehkan UMNO kembali bangkit.

“Sebenarnya di peringkat Tangga Batu selepas kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, UMNO Tangga Batu telah mengadakan perbincangan lebih awal bersama PAS sebelum UMNO Pusat memulakan, malah yakin gabungan antara UMNO-PAS akan menjatuhkan kepimpinan PH hari ini,” katanya lagi.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.