3,000 ASNAF TANJONG KARANG TERIMA SUMBANGAN TH

 

Program Ziarah Kasih Ramadhan Yayasan Tabung Haji (TH) hari ini
ke Parlimen Tanjong Karang bagi menyampaikan sumbangan kepada 3,000 golongan memerlukan di kawasan berkenaan.

Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, berkata sebanyak RM300,000 diperuntukkan untuk diagih kepada 3,0000 asnaf termasuk fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal.

Program dengan kerjasama Biro Daftar Keahlian Pemilih (BKDP) telah di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tajong Karang.

“Program ini bertujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan supaya mereka dapat menyambut bulan Ramadan sama seperti insan lain yang lebih bernasib baik,” katanya ketika berucap pada program itu pagi Ahad.

Hadir sama serta turut menyerahkan sumbangan, Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat bt Abdul Jalil.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.