60 MAKANAN BEBAS GST

 

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membatalkan cadangannya untuk mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada lebih 60 jenis makanan bermula 1 Julai depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk T Subromaniam, berkata keputusan itu dibuat selepas merujuk pada Kementerian Kewangan bagi maklum balas terhadap cadangan berkenaan.

“Laporan media mengenai pelaksanaan GST pada lebih 60 makanan berkadar sifar adalah merujuk pada Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar)(Pindaan)(No. 2) 2017 yang diwartakan pada 6 Jun lalu.

“Melalui pewartaan itu, lebih 60 makanan seperti ikan belut, ikan todak, jagung, sayuran sejuk beku, buah import (avokado, aprikot, anggur, ceri, pic, plum), fig, marjerin dan lain-lain akan tertakluk pada enam peratus GST.

“JKDM merujuk pada Kementerian Kewangan untuk maklum balas berhubung pewartaan itu dan memutuskan ia dibatalkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini Jabatan Kastam bercadang mengenakan GST ke atas lebih 60 makanan berkadar sifar GST yang jarang dimakan rakyat negara ini.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.