ZAHID KE SPRM ESOK

 

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan yang beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan dana sebuah yayasan esok.

Dalam sidang media di ibu pejabat UMNO pada Ahad, Ahmad Zahid berkata, yayasan berkenaan adalah milik keluargannya dan wang dalam yayasan itu juga merupakan sumbangan beliau dan rakan-rakan.

“Saya telah diminta untuk membuat penjelasan terhadap beberapa isu membabitkan sebuah yayasan yang dipunyai oleh keluarga saya sendiri untuk kerja amal jariah bagi pembinaan masjid, rumah anak yatim, program kebajikan dan keagamaan.

“Wang dalam yayasan itu wang dari saya sendiri dan kawan-kawan yang menyumbang,” katanya.

 

  • Wartawan : HASPAIZI MOHD ZAIN
  • Videographer : HAZIERRA LUKMAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.