JAMAL TIDAK BENAR DIIKAT JAMIN

 

 

Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang dibawa ke mahkamah Seksyen / Majistret Ampang sejurus tiba di lapangan terbang KLIA kira kira pukul 3 petang tadi, tidak dibenarkan ikat jamin oleh pihak mahkamah.

Jamal yang kelihatan tenang didakwa atas pertuduhan melarikan diri mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Beliau kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sungai Buloh sehingga tempoh sebutan semula kes pada 30 Julai ini.

 

  • Wartawan/Videographer : Hazierra LukmanĀ 

Leave a Reply

Your email address will not be published.