ADUH…ANU SANGKUT DALAM BOTOL

 

Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun terpaksa menahan kesakitan lebih tiga jam selepas kemaluannya tersangkut dalam botol air mineral dalam kejadian di Sibu, pagi Khamis.

Difahamkan, mangsa terpaksa dihantar ke hospital selepas usaha mengeluarkan kemaluannya dari botol berkenaan gagal hingga menyebabkannya membengkak.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Misran Bisara, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan kira-kira jam 7.21 pagi tadi.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah dikejarkan ke hospital bagi membantu memotong botol berkenaan menggunakan peralatan khas.

“Difahamkan, warga emas itu memasang botol mineral berkenaan pada kemaluannya malam tadi, namun sebaik bangun tidur pagi tadi, kemaluannya membengkak dan tidak dapat menanggalkan botol berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, kemaluan mangsa dipercayai membengkak disebabkan aliran darah yang tersekat selepas mangsa memasang botol berkenaan pada kemaluannya.

“Kita menggunakan peralatan khas bagi memotong ‘cincin’ berkenaan dan operasi itu mengambil masa beberapa minit sahaja kerana kepala botol berkenaan diperbuat dari plastik. Namun, kita tetap mengambil langkah berhati-hati kerana ia membabitkan anggota badan yang sensitif,” katanya.

 

Sumber BHOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published.