ADUN RENGIT NAFI LOMPAT PARTI

 

Wakil rakyat UMNO, Ayub Jamil menafikan bahawa dirinya akan menyertai PPBM.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu menyifatkan dakwaan yang dikeluarkan laman sosial sejak kelmarin oleh pembangkang adalah berniat jahat.

“Kenyataan itu menyatakan bahawa Ketua Bahagian PPBM Batu Pahat, Mohd Zaid Mohd Yusof sudah beberapa kali berjumpa dengan saya untuk mengadakan perbincangan.

“Semua perkara yang dinyatakan tersebut adalah fitnah, menggunakan pendekatan politik murahan. Saya tidak pernah sekalipun berjumpa, jauh sekali berbincang dengan pihak pembangkang,” katanya yang dipetik sebuah portal berita.

Tambahnya, keutamaannya kini adalah membantu rakyat sepertimana yang diamanahkan kepadanya oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pada Jumaat, laman sosial pembangkang memuat naik kenyataan yang menyebut bahawa Ayub akan berhijrah ke PPBM dan sudah mengadakan beberapa siri perbincangan bagi merangka strategi yang lebih tersusun.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.