AGONG BERANGKAT KE MAJLIS RAJA-RAJA

 

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-247 yang berlangsung di Istana Negara di sini.

Mesyuarat dua hari itu, bermula hari ini, dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mesyuarat hari ini dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Johor diwakili Tengku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, Kelantan diwakili Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra manakala Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pada mesyuarat hari pertama yang bermula 10.30 pagi itu, Raja-Raja Melayu diiringi menteri besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Melaka diiringi oleh ketua- ketua menteri.

 

Sumber Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published.