AGONG RAI ANAK YATIM DAN ASNAF

 

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V mencemar duli hadir ke Majlis Pengurniaan Zakat Dan Santapan Berbuka Puasa bersama lebih 600 anak-anak yatim dan asnaf di Istana Negara, pada Sabtu.

Majlis anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) itu bertujuan untuk meraikan serta menyampaikan bantuan kepada anak yatim dan asnaf sempena sambutan Aidilfitri minggu depan.

Baginda turut berkenan menyempurnakan pengurniaan zakat sebanyak RM90,000 (RM150 seorang) kepada anak-anak yatim dari sekitar Lembah Klang.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi TH, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.