‘AJIB’ MINTA ORANG RAMAI HENTI BERI TEKANAN PADA FARID

 

Orang ramai diminta agar tidak terus memberi tekanan kepada pelakon dan pengarah, Farid Kamil ekoran insiden beliau memukul seorang anggota polis semalam.

Pelakon, Sofi Jikan berkata, aktor tersebut sebenarnya sedang mengalami tekanan perasaan dan berhadapan dengan pelbagai masalah peribadi serta kerjaya sehingga bertindak luar kawalan.

“Dia seorang yang baik dan saya adalah antara orang yang rapat dengan beliau dan boleh dianggap sebagai abangnya. Dia berdepan dengan pelbagai masalah dan sedang berada dalam depresi (kemurungan).

“Saya sedih bila ramai yang mengecam dia dengan pelbagai tomahan sedangkan tidak tahu apa sebenarnnya terjadi, kita tidak tahu apa yang terjadi. Lebih elok tunggu dia keluar dan bagi keterangan,” katanya dipetik dari sebuah laman portal hiburan.

Sofi yang terkenal dengan watak ‘Ajib’ dalam filem KL Gangster berkata, aktor berkenaan juga pernah menyatakan hasrat memperjuangkan nasib artis yang berdepan dengan masalah hutang ah long.

Dalam kejadian semalam, Farid ditahan selepas mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Farid hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, tiba-tiba sikap beliau bertukar berang dan menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi ‘300 artis hutang ah long’.

Farid kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.