AL-FATIHAH…IZHAM YUSOFF MENINGGAL DUNIA

 

Pengarah Urusan Bina Darulaman Bhd, Datuk Izham Yusoff, 50, meninggal dunia pada jam 8.04 pagi di Hospital Pantai Kuala Lumpur selepas mengalami kesukaran bernafas ketika sedang berjogging.

Dalam satu kenyataannya, Bina Darulaman berkata, allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Joani Sofina Othman,49 dan sepasang anak, kata kenyataan yang dikeluarkan syarikat di sini pada Selasa.

Pemegang Ijazah Sarjana dalam Bidang Pentadbiran Perniagaan (Perakaunan dan Perniagaan Antarabangsa) dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari University of Miami, Amerika Syarikat pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif KUB Malaysia.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.