AL FATIHAH…PAK ENGKU MENINGGAL DUNIA

 

Pencipta juadah Nasi Briyani Seri Perdana, Datuk Raja Rosli Raja Mazlan atau dikenali Pak Engku meninggal dunia malam tadi di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam, malam Jumaat.

Pemilik Kuzie Katering & Wedding Planner ini cukup dikenali ramai dikalangan golongan artis serta orang kenamaan sehingga Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak juga menggunakan khidmatnya dalam majlis-majlis tertentu.

Setiap tahun di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri, juadah istimewa beliau sentiasa menjadi tumpuan ramai.

Allahyarham dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak dua hari lalu kerana mengidap kencing manis.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.10 malam semalam di sisi isteri, Datin Ramziah Samah serta tiga orang anaknya.

Jenazah dijangka dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam pagi ini.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.