AMK PAHANG KECEWA KEPUTUSAN TUN M

 

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang kesal dengan Pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan memegang Jawatan Menteri Pendidikan kerana jelas bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Ketuanya, Wong Chun Yuan, berkata keputusan itu jelas bertentangan dengan agenda reformasi PH yang membawa agenda mengelakkan penumpuan kuasa terhadap Perdana Menteri.

“Seperti yang dijanjikan dalam Buku Harapan Janji 12, PH akan menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dan menstruktur semula Jabatan Perdana Menteri.

“Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya jawatan Menteri Kewangan juga dirangkumi dalam janji tersebut.

“Sebarang tindakan bertentangan dengan manifesto PH bukan sahaja akan mengecewakan para penyokong, malah akan mengecewakan anak-anak muda yang menaruh harapan tinggi terhadap kerajaan baru PH,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada Khamis, Mahathir mengumumkan akan memegang jawatan Menteri Pendidikan selain Perdana Menteri.

“Saya mendesak Tun Dr Mahathir supaya memegang kepada Manifesto PH dan menarik balik keputusan memegang jawatan Menteri Pendidikan,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.