ANAK DURJANA, BUNUH BAPA KANDUNG

Image result for Asisten Komisioner Fadil Marsus

 

Hanya kerana perselisihan faham, seorang lelaki sanggup membunuh bapa kandungnya sebelum menikam dirinya sendiri dalam kejadian di Kampung Sungai Gading 1 Wakuba, Batu 15, Jalan Apas, Tawau, Sabah, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, Ali Nordin, 56, meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam dengan pisau pada bahagian leher serta kepalanya ditetak dengan parang.

Suspek yang berusia 27 tahun kemudiannya menikam perutnya sendiri sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat pertengkaran antara dua individu itu sebelum suspek menikam dan menetak kepala mangsa.

Menurutnya, suspek disyaki berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian berlaku.

“Siasatan mendapati motif kejadian akibat perselisihan faham dan suspek kini ditahan di wad kecemasan kerana mengalami pendarahan teruk,” katanya yang dipetik dari Berita Harian.

Susulan penahanan suspek, polis merampas parang panjang berukuran 70 sentimeter, pisau panjang berukuran 25 sentimeter, sebuah telefon bimbit dan satu botol minuman berkarbornat.

Fadil berkata, suspek yang bekerja kontrak mengutip sampah akan direman untuk siasatan.

Kes disiasat mengiut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 
Wartawan Watan-Oniline

Leave a Reply

Your email address will not be published.