ANAK EXCO KEDAH MAUT KEMALANGAN

 

Anak kepada EXCO Kedah, Datuk Aminuddin Omar dan seorang rakannya maut selepas kenderaan dinaiki merempuh pokok di Kilometer 12.7 Lebuh Raya Changlun petang Sabtu.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, Irfan Aminudin, 20 dan rakannya, Wan Khuzairi Wan Cik, 27 meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit pada kenderaan berkenaan.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.30 petang berhubung kejadian berkenaan.

“Setiba di lokasi kejadian didapati dua lelaki tersepit dalam kenderaan pikap jenis Toyota Hilux yang dipercayai terbabas dan  melanggar pokok di lebuh raya tersebut.

“Kedua-duanya berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya pada Sabtu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.