ANAK PANDA NUAN NUAN BALIK CHINA

 

Anak panda gergasi, Nuan Nuan, yang berusia 26 bulan dihantar pulang ke negara kelahiran kedua ibu bapanya di Pengkalan Panda Dujiangyan, Sichuan, China, pada Selasa.

Anak panda tu dibawa keluar daripada Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara kira-kira jam 10.50 pagi.

Dengan berat terkini sebanyak 90 kilogram, haiwan itu dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggunakan sebuah lori khas.

Kelahiran Nuan Nuan memberikan satu sejarah besar buat Malaysia berikutan mampu membuatkan pasangan panda gergasi itu melahirkan anak dalam tempoh 15 bulan saja berbanding kebanyakan negara lain.

Nuan Nuan dijangka diterbangkan pulang ke China jam 5 petang menggunakan Malaysia Airlines Berhad (MAB) Kargo Sdn.Bhd.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.