ANWAR SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN

 

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat menjalani pembedahan laparoskopik bagi merawat kecederaan pada bahu kanannya.

Melalui satu kenyataan oleh seorang perunding di Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai berkata Anwar diperiksa oleh seorang pakar ortopedik yang dipilih beliau sebelum pembedahan itu dilaksanakan.

“Beliau kemudiannya bersetuju meneruskan pembedahan itu.

“Bagi membantu proses pemulihan Anwar, tiada pelawat dibenarkan hadir kecuali anggota keluarga terdekat beliau,” katanya pada Ahad.

Bekas Ketua Pembangkang itu sedang di penjara lima tahun atas kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 30, di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Sementara itu, keluarga Anwar  dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terbabit susulan pembedahan itu berjaya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.