ARMADA : PEMIMPIN PPBM PERLU BERTANGGUNGJAWAB

 

Pimpinan tertinggi PPBM perlu bertanggungjawab susulan pelanggaran Akta Pertubuhan 1966 berhubung penggunaan istilah ARMADA yang tiada dalam perlembagaan parti.

Berikutan itu, bekas EXCO ARMADA, Muhd Syazwan Ahmad Zainal menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengambil tindakan ke atas pihak terbabit.

Bekas EXCO ARMADA, Muhd Syazwan Ahmad Zainal (duduk) dalam  sidang media berkenaan status  sayap itu yang melanggar Akta Pertubuhan 1966.

Menurutnya, perlanggaran Akta Pertubuhan 1966 menyebabkan lantikan jawatankuasa pemuda pada tahun lalu menjadi tidak sah.

“Akta itu membolehkan pendaftaran sesebuah pertubuhan dibatalkan berikutan penggunaan ARMADA yang tiada dalam perlembagaan parti seperti yang disahkan Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim.

“Tetapi, kesalahan ini tidak pernah ditegur oleh mana-mana pemimpin parti sedangkan mereka mempunyai pengalaman politik yang dikatakan matang,” katanya di Ampang, pada Isnin.

Pada masa sama, Syazwan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menggelarkan dirinya ketua sedangkan istilah itu tidak pernah wujud.

Pada 9 November lalu, RoS dalam satu kenyataan berkata ARMADA tiada dalam perlembagaan parti itu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.