ASPIRASI TN5O DILAKSANA SEBELUM PELANCARAN – KHAIRY

 

Kementerian akan melaksanakan aspirasi Transformasi Nasional 50 (TN50) tanpa menunggu pelancaran yang akan dibuat Perdana Menteri pada September ini.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, ia adalah sebagai langkah kerajaan yang lebih awal dalam menangani masalah masa depan negara yang dikenal pasti melalui TN50.

Sehubungan itu hari ini kementerian telah melancarkan Program Kesedaran Atas Talian Celcom mendukung Aspirasi TN50 buat kali pertama dengan kerjasama syarikat korporat bagi menangkis kadar kes berkaitan siber yang kini semakin meningkat.

“Ia antara contoh bagaimana idea-idea yang datang dari TN50 sejak tahun lepas.

“Ada banyak lagi. Tetapi Celcom yang pertama menyahut aspirasi ini untuk dilaksanakan membuktikan bahawa kempen atau usaha boleh dijalankan sebelum pelancaran dasar TN50 sendiri,” katanya pada perasmian program ‘Parents Unite for Online Safety’ di Menara Celcom di Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Michael Kuehner.

Program tersebut turut mendapat kerjasama Brainy Bunch International Islamic Montessori, Protect and Save Children dan Kumpulan Wanita IKRAM.

Melalui program ‘Perents Unite for Online Safety’ sebanyak 175 Pusat Internet 1 Malaysia di seluruh negara akan dilengkapi dengan kidsafe iaitu aplikasi penapisan internet.

Sementara itu Khairy berkata terdapat beberapa lagi aspirasi janaan TN50 kerjasama dengan syarikat korporat, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan akan diumum dalam masa dua hingga tiga minggu akan datang.

“Ianya akan laksanakan sebelum aspirasi belia TN50 dilancarkan awal bulan depan,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.