ADUN KOTA SIPUTEH MEMANGKU JAWATAN KETUA UMNO BAHAGIAN JERLUN

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sharif dilantik sebagai Pemangku Ketua UMNO Bahagian Jerlun bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dipecat daripada parti. Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata pelantikan Abu Hassan adalah bagi memastikan pimpinan UMNO Bahagian Jerlun terus […]

PECAT MUHYIDDIN, MUKHRIZ ELAK MUDARAT PADA PARTI

Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dibuat kerana bekas Timbalan Presiden UMNO dan bekas Menteri Besar Kedah itu memudaratkan parti. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata jika tindakan drastik melalui pemecatan terhadap mereka tidak diambil, UMNO akan berdepan masalah lebih besar pada masa depan. Beliau berkata, kredibiliti […]

KEPUTUSAN MT TEPAT – MUSTAPA

  Tindakan disiplin termasuk memecat dan menggantung keahlian ahli UMNO yang melanggar disiplin parti perlu diambil bagi menjaga keutuhan parti itu. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata jika setiap ahli mengambil tindakan mensabotaj parti, UMNO yang selama ini teguh pun boleh hancur. Katanya, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri […]

BUKAN PARTI TAK BOLEH DITEGUR – KHAIRY

  Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir bukan bermakna kepemimpinan parti tidak boleh menerima kritikan, tetapi ia demi memperkukuhkan parti. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata UMNO sebagai sebuah parti demokratik sentiasa terbuka menerima teguran mahupun kecaman. Namun tindakan berkongsi pentas dengan pembangkang dan menyerang kepemimpinan parti ia adalah satu […]

REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH, MUHYIDDIN TIDAK AKAN MERAYU

  Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan perjalanannya yang penuh liku dalam UMNO sudah berakhir apabila Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat keputusan memecatnya. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak terkejut dengan perkara itu dan sememangnya sudah menjangkakan. Oleh itu, beliau tidak akan merayu terhadap keputusan yang dibuat oleh UMNO terhadapnya. Muhyiddin berkata, walaupun […]