GUNA TELEFON PINTAR UNTUK MAKLUMAT TERKINI BANJIR – SHABERY

Aplikasi telefon pintar bukan sahaja dapat memaklumkan perkembangan terkini tentang isu banjir namun pada masa yang sama dapat menangkis khabar angin yang disebarkan secara meluas oleh pihak tidak bertanggungjawab. Menyatakan demikian, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementeriannya mempunyai kumpulan aplikasi termasuk daripada Whatsapp yang dapat menyemak sesuatu maklumat yang disebarkan. […]

BANJIR DI KELANTAN LUAR BIASA – SHAHIDAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung terutama di Kelantan ketika ini adalah ‘luar biasa’.Beliau meminta semua pihak memandang serius perkara itu bagi mengelak kejadian buruk berlaku. Shahidan berkata ketika ini beberapa paras air sungai utama di negeri-negeri berkenaan dilaporkan kembali meningkat ke paras […]

DASAR-DASAR BAIK MEMIHAK KEPADA MALAYSIA- NAJIB

  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemajuan Malaysia bergantung bukan sahaja kepada dasar-dasar baik negara tetapi juga kepada sokongan orang ramai terhadap dasar itu. Beliau berkata atas sebab itulah beliau tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Pengarah Bank Dunia bagi Asia Tenggara, Ulrich Zahau, dalam satu temu bual dengan BBC baru-baru ini. […]

PUTERI KECAM KEDAI PERMAINAN – MAS ERMIEYATI

  Pergerakan Puteri Umno mengecam tindakan sebuah kedai permainan terkemuka di ibu negara yang bersikap diskriminasi terhadap pekerja wanita bertudung. Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata tindakan kedai permainan itu menunjukkan masih terdapat golongan berfikiran sempit terhadap mereka yang memakai tudung dan ia bertentangan dengan hak asasi seorang Muslim. “Alasan tidak diterima bekerja sebab bertudung […]

PENGERUSI PAC: SELANGOR TETAP MAHU ADUN BN – AZMIN

Kerajaan Selangor tetap dengan keputusannya melantik pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) daripada kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) negeri ini. Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata atas sebab itu, BN Selangor perlu mengisi kekosongan kerusi ketua pembangkang yang turut berperanan sebagai pengerusi PAC. “Negara membangun lain di seluruh dunia sememangnya […]