AWAS BEROPERASI 15 APRIL

 

Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) gabungan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) akan berkuat kuasa sepenuhnya pada 15 April ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

AWAS adalah sistem yang dibangunkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membabitkan kamera dibantu sistem teknologi maklumat untuk mengenal pasti dan mengesan pesalah jalan raya.

Melalui sistem ini, pesalah akan diberi amaran, digantung atau batal lesen akibat kesalahan melanggar peraturan lalu lintas seperti memandu laju dan melanggar lampu isyarat.

Tiong Lai berkata AWAS beroperasi sejak 1 April lalu, tetapi untuk tempoh 1 hingga 15 April ia hanya tempoh percubaan dan tiada pemberian mata demerit direkodkan.

“Selepas 15 April ini, semuanya akan beroperasi sepenuhnya kepada semua pemandu di negara ini, ” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Global Badan Bukan Kerajaan (NGO) Untuk Advokasi Keselamatan Jalan Raya dan Mangsa Kemalangan Kali Ke-5 di SEPANG, pada Rabu.

Sistem AWAS sepatutnya dilaksanakan Mei tahun lalu tetapi ditangguhkan untuk mendapat kelulusan kabinet selain menunggu sistem dalam talian bersepadu kesalahan trafik dibangunkan JPJ siap sepenuhnya.

 

Sumber BHOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published.