AZMIL SUDAH TIADA

 

Pelakon era 1980-an yang terkenal dengan watak ‘Ali Setan’, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat sakit jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 1 tengah hari pada Rabu.

Bintang filem Mekanik itu menghembuskan nafas pada usia 65 tahun.

Allahyarham meninggalkan dua bekas isteri dan lima anak.

Berita pemergian Azmil dikongsi anak lelaki tunggalnya, Mohd Bazli kepada sebuah portal berita.

“Kami akur dengan ketentuan ini. Pahit untuk ditelan tapi Allah lebih menyayangi bapa kami.

“Setakat ini, saya tidak dapat pastikan dengan tepat bila arwah bapa akan dikebumikan,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.