BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN PM

Datuk Seri Najib Razak mengadakan majlis tahlil dan solat hajat di kediaman rasmi di Seri Perdana, Putrajaya sempena sambutan ulang tahun kelahirannya, Ahad.

Perdana Menteri dan tetamu yang hadir menunaikan solat maghrib secara berjemaah disusuli dengan solat hajat, bacaan Yassin dan tahlil.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta pemimpin kerajaan yang lain.

Najib hari ini (23 Julai) menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 64.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.