BADANG LAKONAN ALIFF SYUKRI HANYA RAIH RM69,000

 

Jangkaan filem Badang untuk lakar rekod pecah panggung ternyata meleset apabila karya berkenaan dilaporkan sebaliknya ‘unggul’ mencatat kutipan langsung tidak memberangsangkan!

Lebih menyedihkan apabila filem arahan Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen itu diakui tidak berfungsi dengan baik dan hanya mampu meraih kutipan ‘hebat’ sebanyak RM69,000 sahaja selepas tujuh hari ditayangkan.

Malah, menurut Internet Movie Database (IMDB), Badangsekadar mampu menerima penarafan yang sangat rendah iaitu 1/10 dan dikatakan hanya lima peratus penonton sahaja yang dikesan menyukai filem tersebut.

Ditayangkan sejak 15 Februari lalu, ternyata filem fiksyen aksi adiwira yang memakan belanja sehingga RM2.2 juta ini terus dilihat menerima reaksi kecaman hebat daripada pelbagai pihak sehingga ke hari ini.

Masing-masing meluahkan perasaan kecewa terhadap keseluruhan jalan cerita filem berkenaan yang entah apa-apa termasuk aspek penulisan skrip lemah dan pemilihan pelakon tertentu yang dikatakan tidak sesuai.

Ternyata, usaha meletakkan jutawan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri sebagai tunggak utama dalam filem adiwira itu langsung tidak datang hasil malah mengakibatkan karya tersebut gagal begitu cemerlang!

 

Sumber MYNEWSHUB.CC/AM

Leave a Reply

Your email address will not be published.