BAFIA : MAHATHIR HARAP RAFIZI TABAH

 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak perlu berasa kecewa dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) meminta Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan tidak kecewa kerana dijatuhi hukuman penjara 30 bulan.

“Rafizi kuatkan semangat jangan berasa kecewa. Berjuang mengambil masa. Mungkin menang, mungkin kalah,” katanya dalam satu rakaman video pada Isnin.

Mahkamah baru-baru ini menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Rafizi kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA).

Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan hukuman ke atasnya sehingga keputusan rayuan dan mengekalkan kos ikat jamin RM15,000.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.