BAIHAKKI ‘MELENCONG’ KE THAILAND

 

Bekas pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Baihakki Khaizan membuat pusingan U pada saat akhir apabila menerima tawaran daripada kelab Liga Thailand, Muangthong United.

Berita itu disahkan oleh laman Twitter Singapore Football.

Pemain yang berusia 33 tahun itu telah memberi persetujuan awal untuk menyertai Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super 2018.

Dia dijadual tiba di Kuala Lumpur hari untuk menandatangani kontrak sebelum mengubah haluannya ke Bangkok untuk mementerai perjanjian dengan Muangthong yang dijadual bertemu JDT dalam saingan playoff Liga Juara-Juara, pada 23 Januari ini.

Keputusan Baihakki itu mungkin sebabkan faktor tarikan bermain di Liga Juara-Juara.

Baihakki mempunyai 129 caps dengan skuad kebangsaan Singapura dan telah mewakili negaranya sejak berusia 20 tahun.

Minggu lalu, pertahanan berpengalaman Singapura itu dilaporkan oleh The Straits Times dalam proses perbincangan bersama kelab yang berpengkalan di Arab Saudi, Jeddah Club.

 

Sumber Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published.