BAJET 2017 UNTUK RAKYAT, BUKAN BN

mahdzir-khalid

 

Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa oleh pembangkang sebagai Bajet BN dan bukan bajet rakyat.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaskan Bajet 2017 sangat menyuluruh dan menumpukan pada permasalahan rakyat.

Jelasnya lagi, adalah salah sekiranya ada tanggapan terhadap bajet yang dibentangkan ini tidak memberi manfaat kepada rakyat.

“Kalau tidak bajet rakyat bajet apa?…Bajet 2017 melibatkan masyarakat petani, nelayan, orang kampung, pelajar sekolah , mahasiswa universiti, jadi maknanya samalah dan itu melibatkan rakyat,” katanya kepada pemberita di Parlimen pada Isnin.

Menurut Mahdzir, Kementerian beliau juga mendapat manfaat daripada bajet 2017.

“Murid dan pelajar sekolah juga mendapat manfaat daripada pembentangan bajet 2017,” katanya.

 

by Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.