BANJIR DI PULAU PINANG SEMAKIN PULIH

 

Banjir di Pulau Pinang beransur pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di 26 pusat pemindahan di negeri itu menurun kepada 2,740 orang daripada 701 keluarga.

Sehingga jam 8 pagi Khamis,  Seberang Perai Utara (SPU) mencatat jumlah mangsa paling tinggi iaitu seramai 2,076 orang daripada 492 keluarga yang ditempatkan di 18 pusat pemindahan.

Di Seberang Perai Tengah, seramai 664 mangsa daripada 209 keluarga masih ditempatkan di lapan pusat pemindahan di daerah itu.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Menora mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 364 orang membabitkan 90 keluarga.

“Sementara itu, semua jalan yang ditutup kerana dinaiki air sebelum ini sudah dibuka untuk semua kenderaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Namun, kebanyakan mangsa banjir mula pulang ke kediaman masing-masing sejak petang semalam untuk membersihkan rumah selepas kebanyakan kawasan terjejas beransur surut.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.