BANJIR KELANTAN : MANGSA MENINGKAT 2,290

 

Jumlah mangsa banjir di Kelantan setakat tengah hari pada Selasa terus menunjukkan peningkatan ketara kepada 2,290 orang dengan 42 pusat pemindahan dibuka di tujuh jajahan.

Sehingga pukul 1 petang, Kota Bharu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 782 orang yang ditempatkan di lima pusat pemindahan.

Pasir Mas pula mencatat 517 mangsa diikuti Pasir Puteh (282 mangsa), Tanah Merah (259 mangsa), Machang (239 mangsa), Bachok (88 mangsa) dan Kuala Krai (63 mangsa).

Dalam masa sama, paras Sungai Kelantan dikebanyakan lokasi telah melebihi paras amaran dengan Sungai Golok di Rantau Panjang melebihi paras bahaya, iaitu mencecah 10.30 meter ekoran hujan lebat pada malam tadi di kawasan hulu negeri ini.

Selain itu, paras Sungai Kelantan dikebanyakan lokasi telah melebihi paras bahaya ekoran hujan lebat pada malam tadi di kawasan hulu negeri ini.

Semua pihak terutama di kawasan rendah serta kawasan yang berisiko banjir diminta bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.