BANJIR: MAYAT KANAK-KANAK DITEMUKAN

 

Mayat seorang kanak-kanak, Ahmad Fawas Atikullah, 6, yang terjatuh ketika menyeberangi jambatan di Kampung Sungai Peria Baru, Kuala Krai semalam ditemukan pada Isnin.

Nenek mangsa, Rokiah Idris, 51, memberitahu, mayat cucunya ditemukan pasukan penyelamat dan bapa saudaranya yang melakukan operasi mencari kira-kira pukul 10 pagi ini dalam keadaan terapung, kira-kira satu kilometer dari lokasi dia terjatuh.

“Alhamdullilah, akhirnya arwah ditemukan. Hati siapa tidak sedih melihat cucu pergi untuk selama-lamanya. Walau bagaimanapun kami sekeluarga reda menerima ketentuan ini.

“Arwah dibawa ke Hospital Kuala Krai terlebih dahulu dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Peria Baru,” katanya ketika ditemui pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang Ahad,  Ahmad Fawas dilaporkan terjatuh ketika cuba menyeberangi jambatan di Kampung Sungai Peria yang dinaiki air separas 0.2 meter.

Kanak-kanak berkenaan mengikut sepupunya yang berusia 10 tahun untuk menyeberangi sungai tetapi tergelinicir dan dia hilang selepas dihanyutkan arus air sungai yang deras.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.