‘BAPA SEGALA PILIHAN RAYA’

Foto oleh Muhd Zul Hafiz Bahrin@watanonline

 

Datuk Seri Najib Razak menyuntik semangat ‘perang’ pada lebih 5,000 perwakilan UMNO yang hadir Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017), sebagai persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

Presiden UMNO itu menuntut kesiapsiagaan jentera UMNO di setiap peringkat untuk menghadapi PRU-14 yang dianggap sebagai ‘bapa segala pilihan raya’.

Beliau berkata, obor perang yang jamungnya telah mula berjalan tidak sesekali boleh dibiarkan padam sehingga PRU-14.

“Demamnya pula tidak akan kebah melainkan…melainkan selepas kita menang besar dalam PRU-14 nanti, Insya Allah.

“Perang kali ini yang bergelar bapa segala pilihan raya. Kita akan bertempur, berlawan,… lawan habis-habisan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar PAU2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada Khamis.

Foto oleh Muhd Zul Hafiz Bahrin@watanonline

Hadir sama, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Warna merah menerangi segenap ruang di PWTC apabila lebih 15,000 perwakilan, pemerhati dan ahli UMNO serta orang ramai hadir bagi mendengar amanat yang disampaikan Perdana Menteri.

Sementara itu, Najib berkata dalam menghadapi PRU-14 amat wajar bagi UMNO untuk bermuhasabah dan keluar dari zon selesa demi mempertahankan perjuangan ini.

Najib berkata, PRU-14 adakah yang tergenting serta berkemuncak cabarannya bukan saja kepada bangsa Melayu Bumiputera, UMNO dan Barisan Nasional, tetapi kestabilan serta kedaulatan negara.

“Masa depan Syiar Islam, bahkan yang terpenting adalah nasin anak cucu keturunan kita agar tidak melarat dek untung, tersungkur merempat di tanah sendiri,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.