BAPA SYAITAN!

 

Bapa syaitan!…itulah gelaran yang selayaknya buat seorang bapa apabila sanggup merogol dan meliwat anak kandungnya sendiri.

Tertuduh yang berusia 37 tahun itu didakwa di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak, Putrajaya, pada Rabu bakal berhadapan 600 pertuduhan meliwat serta merogol anak kandung.

Tertuduh yang hadir berpakaian kemeja kelabu dan berseluar jeans itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan awal yang dibacakan kepadanya.

Pertuduhan mula dibacakan pada jam 2.40 petang dan setakat 3.40 petang tadi hanya 48 pertuduhan selesai dibacakan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Yong Zurida Sazali memerintahkan kesemua pertuduhan dibacakan kepada lelaki berkenaan sebelum sebarang proses mitigasi dilakukan.

Antara dakwaannya adalah 30 pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan masing-masing satu pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2016.

Suspek juga didakwa atas kesalahan merogol anaknya di rumah mereka di Petaling Jaya pada 1 Januari lalu dan di dakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Turut sempat dibacakan adalah 16 pertuduhan meliwat yang dituduh mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang merujuk kepada persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Tertuduh dipercayai melakukan perbuatan terkutuk terbabit sejak dua tahun lalu dan kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa yang kini berusia 15 tahun tinggal bersama ekoran perceraian dengan isterinya.

Proses pertuduhan dijangka berlarutan sehingga lewat petang atau malam.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.