BAYI LAHIR RAMBUT BERUBAN

 

Seorang bayi yang dilahirkan di Hungary dengan rambutnya beruban, disahkan tidak menghidap sebarang penyakit.

Bence yang dilahirkan di sebuah hospital di Szekesfehervar di negara itu minggu lalu juga disahkan bukan albino.

“Rambutnya yang beruban bukan disebabkan dia sakit atau mengalami tekanan ketika dalam kandungan,” kata Doktor Zoltan Kummer pada Agensi, Selasa.

Menurutnya, Bence yang digelar Prince Charming berdepan masalah kekurangan pigmen melanin hingga menyebabkan rambutnya putih tetapi keadaan itu hanya bersifat sementara.

Bagaimanapun, pakar perubatan percaya rambutnya akan hitam apabila dia membesar.

Kecuali rambutnya yang beruban, Bence dilahirkan sihat dengan berat 5.4 kilogram dan tinggi 54 sentimeter serta dilahirkan tepat pada masa yang dijangka.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.