BAYI MAUT TERTINGGAL DALAM KERETA

 

Seorang bayi perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran di Port Dickson, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad, berkata dalam kejadian jam 9 pagi itu, ibu mangsa yang juga tenaga pengajar di kolej itu membawa bayi bersama ke tempat kerja.

Katanya, sebaik meletakkan kereta Proton Saga, beliau terlupa bayinya dibawa bersama dan tertinggal dalam kenderaan itu.

“Wanita berusia 32 tahun itu hanya menyedari bayinya tertinggal di dalam kereta pada jam 1 tengahari dan bergegas mendapatkannya tetapi malang anak kecil terbabit sudah tidak sedarkan diri.

“Wanita itu membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson,” katanya.

 

Sumber BHONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.