BAZAR KENAF PERTAMA DI MALAYSIA

 

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) akan mewujudkan sebuah bazar yang dikenali sebagai Bazar Kenaf dalam usaha mempromosikan produknya dengan skala yang lebih besar.

Ketua Pengarah LKTN, Samsudin Noor berkata, bazar tersebut akan beroperasi pada pertengahan Oktober ini setiap hari Selasa dan Khamis di Dataran Kenaf Kubang Kerian, dekat sini.

“Ia merupakan bazar kenaf yang pertama diperkenalkan di Malaysia dalam usaha mempromosikan produknya dengan skala yang lebih besar selain merakyatkan kenaf kepada masyarakat setempat.

“Bazar ini juga akan menjadi platform untuk mendedahkan maklumat semasa berkaitan kenaf kepada masyarakat umum,” katanya selepas merasmikan Hari dan Bazar Kenaf di Dataran Kenaf Kubang Kerian, pada Sabtu.

Tambah Samsudin, konsep bazar ini akan turut diwujudkan di negeri Perlis dan Pahang dalam masa terdekat.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.