BEKALAN LEMBU UNTUK KORBAN MENCUKUPI – TAJUDDIN

Foto oleh Muhd Zul Hafiz Bahrin@watanonline

 

Tiada keperluan untuk menaikkan harga daging menjelang Aidiladha kerana bekalan lembu mencukupi dan mampu memenuhi permintaan pada musim perayaan itu nanti.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak menaikkan harga daging pada Aidiladha nanti.

Beliau berkata, pengguna tidak perlu bimbang kerana bekalan lembu bagi ibadah korban umat Islam mencukupi.

“Setakat ini tiada lagi kedengaran harga naik, tapi saya tidak menolak kemungkinan akan berlaku pada musim perayaan nanti.

Foto oleh Muhd Zul Hafiz Bahrin@watanonline

“Jadi bagi saya pengguna perlu bijak memainkan peranan dan jangan berurusniaga dengan peniaga mengambil kesempatan melampau.

“Malah, jika tidak cukup kita buka untuk mengimport lembu dari luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Grand Reunion Gabungan Azizia @Perjumpaan Aidilfitri 2017 di PWTC, pada Sabtu.

Sementara itu Tajuddin berkata, pihaknya tidak mempunyai statistik mengenai kekurangan lembu yang mendorong harga lembu satu bahagian mencecah RM650 bagi ibadah korban.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.