BEKAS HAKIM, DATUK BANDAR CALON PPBM MELAKA

 

 

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini bakal menyaksikan Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Dr Sabirin Ja’afar dan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Roslin Husin bertanding di kerusi Parlimen dan DUN di Melaka.

Kedua-duanya yang merupakan ahli PPBM di mana Dr Sabirin akan bertanding di Parlimen Masjid Tanah dan Roslin akan bertanding di DUN Ayer Limau.

Perkara itu disahkan oleh Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Mohd Redzuan Yusof yang mengumumkan parti itu akan bertanding dua kerusi parlimen dan enam kerusi DUN di Melaka.

Menurutnya, beliau juga akan bertanding di kerusi Parlimen Masjid Tanah yang kini disandang Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Manakala PPBM meletakkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd Rafiq Naizamohideen bertanding di DUN Paya Rumput.

Di DUN Lendu PPBM mempertaruhkan jurutera Riduan Abu Bakar, DUN Sungai Rambai ditandingi oleh Azalina Abd Rahman, DUN Asahan ditandingi oleh Zamzuri Ariffin yang juga seorang jurutera, dan DUN Telok Mas ditandingi Fendi Ahmad seorang pensyarah.

Semua calon PPBM yang bertanding pada PRU14 akan menggunakan logo PKR kerana parti itu diarahkan pembubaran sementara oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) susulan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.