BELUM ADA YANG ISYTIHAR HARTA – MAHATHIR

 

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari mengesahkan belum ada seorang pun Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang menyahut seruannya untuk mengisytiharkan harta masing-masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tiada mana-mana Ahli Parlimen yang buat,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM Putrajaya, pada Selasa.

Mahathir hari ini hadir ke SPRM bagi mendengar sesi taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah, di lbu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sejumlah 160 ahli Parlimen PH hadir dengan diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan barisan Kabinet.

Ditanya samada usaha beliau untuk memerangi rasuah dalam kalangan Ahli Parlimen PH sudah berjaya atau tidak, jawab Mahathir ia akan berjaya sekiranya tiada sabitan kes rasuah dalam barisan pakatan itu pada masa akan datang.

“Saya tidak boleh tahu perkara itu selagi mana saya tidak jumpa kes rasuah dalam  kalangan pemimpin saya. Kalau ada maknanya usaha saya akan sia-sia,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.