BERI KETERANGAN PALSU : FARID DIDAKWA ESOK.

 

Pelakon dan Pengarah, Datuk Farid Kamil akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok kerana membuat laporan palsu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, Farid Kamil atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 37, dituduh mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

“Kes telah dirujuk kepada Pengarah Perundangan Negeri Selangor. Dia akan dituduh mengikut Seksyen192 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun dan denda di bawah seksyen mengikut Seksyen 193 kanun yang sama,” katanya kepada pemberita di Shah Alam, pada Khamis.

Sebelum ini, Farid dalam satu sidang media yang berlangsung di The Loft Event Space, Setia Alam mendedahkan gambar dua lelaki yang didakwa individu sebenar memasukkan dadah jenis ganja ke dalam minuman.

Pada masa sama, Farid turut menafikan dua rakan artis yang tampil memberi keterangan berhubung kes tersebut adalah individu sebenar yang digambarkannya kepada polis.

Pada 11 Januari lalu Farid ditahan selepas didakwa menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam di Balai Kota Damansara.

PelakonĀ  itu turut dituduh di mahkamah sama atas penggunaan dadah jenis THC iaitu ’11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid, yang juga dadah terdapat pada ganja.

 

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.