BERIKAN MASA UNTUK PERUBAHAN YANG BAGUS – SALLEH

 

Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak berkata, perubahan adalah sesuatu yang akan sentiasa terjadi dalam kehidupan dan menolak perubahan sama seperti menolak air pasang.

“Dan kita perlu berikan masa sama ada perubahan itu bagus atau buruk. Sekiranya ia buruk, ejen perubahan akan membawa perubahan lain.

“Tapi perubahan itu tidak akan kembali kepada apa yang pernah kembali seperti sebelumnya kerana ia tidak lagi wujud.

“Itu adalah kelemahan sesuatu perubahan,” katanya yang menyifatkan Barisan Nasional (BN) memerlukan keazaman yang kuat untuk bangkit daripada kekalahan.

Salleh menjelaskan, tiada empayar agung yang kekal dalam dunia ini.

Menurutnya, Greece, Portugal, Sepanyol, Rome yang dulu adalah empayar agung hari ini tersisa di ambang keruntuhan.

“Satu hal yang pasti, kesemua empayar yang jatuh itu tidak akan pernah kembali menjadi empayar agung lagi.

“Sekali ia hilang, ia akan hilang selama-lamanya,” kata Salleh di dalam blognya pada Selasa.

Pada PRU14 yang lalu, Salleh yang bertanding di Parlimen Kota Belud, kalah kepada Ketua Wanita Warisan, Isnaraissah Munirah Majlis @ Fakharudy.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.