BERWASPADA GUNA JALAN GUA MUSANG

 

Pengguna jalan raya yang melalui bandar Gua Musang dinasihati lebih berwaspada bagi mengelak kemalangan menjelang musim tengkujuh ekoran lebih 10 kawasan dilaporkan berlaku runtuhan bukit dan cerun pada musim hujan sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, berikutan dari itu, kerja-kerja pembersihan dan penyelengaraan masih giat dilakukan pihak terlibat.

“Runtuhan terbaharu berlaku sekitar pukul 7 pagi tadi di kawasan Perumahan Banjir Batu Papan 2 selepas berlaku hujan lebat.

“Selain itu, kita juga mahu penduduk menjaga keselamatan diri kerana beberapa kawasan penempatan Orang Asli di kawasan Lojing sering berlaku hakisan bukit ketika cuaca hujan.

“Papan tanda dan kon-kon telah dipasang di kawasan berhampiran tanah runtuh selain anggota polis yang bertindak membuat pemantauan di kawasan terlibat, “ katanya di Gua Musang pada Selasa.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.