BN PARTI UNTUK ANAK MUDA – NAJIB

 

Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah masa hadapan kepada golongan belia di negara ini.

Perdana Menteri berkata, ia dapat dibuktikan melalui dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan dengan lebih terbuka dan berasaskan kepada keperluan untuk anak muda.

“Kerajaan kita adalah masa depan untuk orang muda. Saya penyokong kuat orang-orang muda di tanah air sebab apa saya kata begitu?

“Sebab saya sebagai Perdana Menteri mengasaskan dasar-dasar yang sebati dengan jiwa orang muda yang tahu isi hati orang muda yang ingin menjaga masa depan orang muda,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Gerakan Belia 4B Malaysia dan Karnival Sukan Muhibah 2018 di Homestay Banghuris di Kampung Ulu Chucoh di Sepang, pada Ahad.

Menurut Najib, tanggungjawab sebagai pemimpin bukan sahaja untuk kita ‘bermain politik’, membuat dasar populis tetapi membawa gagasan besar mengisi impian kepada anak-anak muda.

Justeru itu, kata Najib, kerajaan menerusi Transformasi Nasional 2050 (TN50) menggunakan pendekatan aspirasi anak muda untuk pembangunan negara dan memenuhi keperluan seiring dengan peredaran masa.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.