BOOKIE: AH CHONG BEBAS DENGAN JAMINAN SPRM

 

Mahkamah Majistret PUTRAJAYA hari ini, membebaskan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Anuar Baharum atau ‘Ah Chong’ selepas direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana 2017.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membebaskan lelaki berusia 43 tahun itu dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM50,000 dengan tiga penjamin.

Dia sebelum ini direman bermula 15 April lalu dan disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009 kerana disyaki mengatur perlawanan membabitkan pasukan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA).

Terdahulu, dia tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini pada jam 9.30 pagi diiringi pegawai SPRM dengan berkemeja T putih dan berseluar jeans. Khairul Anuar diwakili peguam, Ridha Abdah Subri.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.