PEMBANGKANG TIDAK PROFESIONAL- KHAIRY

  Tindakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang keluar dari Dewan Rakyat semasa pembentangan Bajet 2017 semalam dilihat satu tindakan yang sangat mengecewakan dan tidak profesional. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata walaupun mereka bebas untuk bertindak sedemikian namun sebagai Ahli Parlimen, mereka mempunyai peluang untuk membahaskan bajet tersebut di Dewan Rakyat selama dua minggu. ‚ÄúPada ucapan […]

BAJET 2017 : PDRM MAHU BELI KERETA PERONDA BAHARU

  Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang menggunakan sebahagian Bajet 2017 yang diumumkan semalam, bagi menggantikan kereta peronda berusia antara 15 hingga 20 tahun dalam usaha meningkatkan tahap kecekapan. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata kira-kira 80 peratus kereta peronda polis berusia antara 15 hingga 20 tahun dan perlu diganti dengan yang bersesuaian […]

BAJET 2017: 30 JUTA UNTUK PENDIDIKAN TAHFIZ

  Kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi menyelaraskan pendidikan tahfiz dalam Bajet 2017 melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara. Dalam pembentangan di Parlimen semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, peruntukan itu diberikan setelah kerajaan menyedari permintaan tinggi masyarakat terhadap pendidikan tahfiz. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan elaun kira-kira 15,000 imam […]

BAJET 2017: PERUNTUKKAN TAHFIZ SATU PENGIKTIRAFAN – ASWAJA

  Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) menyifatkan langkah kerajaan memartbatkan pusat pengajian tahfiz di negara tepat pada masanya dalam usaha memperkasakan syiar Islam. Presiden ASWAJA, Dr Zamihan Mat Zin, berkata peruntukkan bajet itu adalah selaras dengan keperluan masa kini dan sudah tiba masanya pusat pengajian tahfi mendapat pembelaan sewajarnya. Beliau berkata pusat pengajian […]

BAJET 2017: AGIH SECARA SAKSAMA – MB JOHOR

  Kerajaan Johor berharap peruntukan yang disediakan dalam Bajet 2017 dapat disalurkan mengikut keperluan negeri serta dilaksanakan tanpa sebarang ketirisan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata setiap kementerian yang dipertanggungjawabkan perlu mengagihkan peruntukan berkenaan secara saksama dan adil. “Kita sedang mengkaji pembentangan Bajet 2017 kerana pengumuman yang dilakukan adalah secara umum. “Secara kebiasaan […]