DAP SARAWAK HENTIKAN KOMUNIKASI DENGAN PAS, PKR

    DAP Sarawak hari ini menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR). Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.   Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat […]

CADANG SPR DENDA ADUN DAN MP SENGAJA LETAK JAWATAN – PEMUDA GERAKAN

    Pemuda Gerakan hari ini mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenakan denda kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Anggota Parlimen (MP) yang sengaja meletak jawatan tanpa sebab munasabah. Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang berkata hukuman itu dilihat perlu dilaksanakan bagi memastikan sistem demokrasi yang diamalkan di negara initidak disalah guna untuk […]

TANDA HARGA KHAS BARANGAN GST – ALIAS

  Kerajaan akan mengkaji dan menyemak aspek perundangan berhubung cadangan penggunaan tanda harga khas bagi barangan yang tidak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, semakan perundangan itu akan membabitkan beberapa akta kepenggunaan. “Kita akan semak beberapa akta sebelum cadangan ini […]

IKRAR PERKUKUH KERJASAMA GALAKKAN KEAMANAN, KESELAMATAN – ASEM

    Para pemimpin Eropah dan Asia yang menghadiri Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) ke-10 di sini berikrar untuk memperkukuhkan kerjasama dalam menggalakkan keamanan dan keselamatan antarabangsa berikutan peningkatan kebimbangan antara lain berhubung keganasan dan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL). Ini terkandung dalam kenyataan 45 perkara yang dikeluarkan pada akhir sidang kemuncak itu […]

ANWAR JANGAN JADI PEROSAK RAKYAT – SYED ALI

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim digesa untuk bersara dari politik berikutan pelbagai masalah yang timbul melibatkan keselamatan Negara dan rakyat. Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali AlHabshee turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan Anwar yang acap kali menggunakan rakyat bagi membuat bantahan atas setiap kes-kes yang membabitkannya. Tindakan Anwar yang secara terang-terangan mengheret rakyat […]