UPDATE: Tiada Perintah Berkurung di Semporna

  Pesuruhjaya Polis Sabah Dato’ Hamza bin Taib, menafikan khabar angin mengenai perintah berkurung di Semporna. Orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang khabar angin melalui mana-mana plaform komunikasi termasuk media sosial, sms dan sebagainya. Perbuatan ini hanya akan mengeruhkan keadaan.

UPDATE: Al –Fatihah: Seorang Lagi Anggota PDRM Terkorban

Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam ini. Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera. Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) […]

UPDATE: KPN Sahkan Tembak-Menembak Di Semporna Berkait Pencerobohan Di Lahad Datu

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam tadi.   Menurut Ismail di dalam laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia, kejadian itu susulan daripada pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di situ.   “Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan […]

Kejadian Lahad Datu Konspirasi UMNO: Kenyataan Tian Chua Diselar

Kuala Lumpur – Beberapa pemimpin dan pemerhati politik hari ini menyelar Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang dilapor mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu, Sabah hari ini dengan konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakutkan rakyat. Mereka         berkata kenyataan Tian Chua itu tidak bertanggungjawab dan keterlaluan memandangkan tindakan pihak […]

Isteri Komando Pengsan Terima Berita Suami Terbunuh

IPOH, 1 Mac — Noraziah Nor, 29, isteri kepada anggota komando Insp Zulkifli Mamat, 30, tidak dapat menahan sebak dan pengsan sejurus menerima berita kematian suaminya. “Nak balik, Azi nak balik, tolong bawa Azi balik, tolonglah sesiapa hantar Azi balik…,” begitulah rintihan Noraziah yang dilihat tidak berhenti-henti menangis ketika ditemui di kediaman bapa angkat pasangan […]