MCA PERLU LEBIH SENSITIF – MAS ERMIEYATI

MCA disarankan untuk merujuk kepada pihak yang lebih arif sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu hal ehwal agama Islam. Perkara ini ditegaskan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Mas Ermiyati Samsudin yang meminta pemimpin-pemimpin MCA menghormati undang-undang yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan. Beliau mengulas mengenai kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang tidak […]

KES ANWAR TANGGUH KHAMIS

  Pendakwa raya selesai memberikan hujah dalam rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Sebelum prosiding ditangguhkan pada sesi petang, barisan pendakwaan diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah tentang gambar Saiful di majlis minum teh yang dikatakan peguambela Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram bahawa Saiful kelihatan ceria. TS Muhammad ShafeeShafee […]

SEGERAKAN PROSES PERSEMPADANAN MALAYSIA, BRUNEI

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mahu pasukan teknikal bersama menyegerakan proses kajian dan persempadanan sempadan darat antara dua negara. Kedua-dua pemimpin dalam satu kenyataan bersama turut mengalu-alukan penggunaan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengukur hidrografi bagi menentukan sempadan dari Sungai Pandaruan dan Sungai Menunggol ke Sarawak. “Kedua-dua […]

TAN SRI DR IBRAHIM SHAH ANGKAT SUMPAH SENATOR

  Bekas naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah adalah antara tiga individu yang mengangkat sumpah jawatan senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang Isnin. Dua yang lain ialah Pengerusi KUB Malaysia Berhad, Datuk Seri Abd Halim Abd Samad dan Presiden Parti Bersatu India […]

OP TITIK : KERAJAAN JIMAT 142 JUTA DIESEL BERSUBSIDI – HASSAN MALEK

  Kerajaan berhasil menjimatkan 142 juta liter diesel bersubsidi dengan nilai subsidi dianggarkan berjumlah RM361.58 juta untuk tempoh Mei hingga September lepas sejak Op Titik dilancarkan 15 Mei lalu. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek, berkata sejak Op Titik dijalankan jumlah kuantiti diesel yang perlu ditanggung subsidi oleh kerajaan […]